Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

TAIPING – Tindakan pantas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membawa kepada pembukaan dua kes selepas sebuah stesen minyak di daerah ini didapati menjual petrol RON95 kepada kenderaan disyaki menggunakan nombor pendaftaran asing.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, siasatan dijalankan pada 11 Ogos susulan aduan serta penularan maklumat berhubung kejadian berkenaan di media sosial.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang, apabila pembelian RON95 dibuat menggunakan kad kredit menerusi terminal pembayaran luar (OTP).

“Kenderaan yang digunakan pula disyaki menggunakan nombor pendaftaran asing.

“Semakan transaksi jualan dibuat, manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak turut diperoleh dan disemak bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Kamalludin berkata, satu kes dibuka di bawah subperaturan 3(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 kerana melanggar subperaturan 3(1) peraturan sama.

Katanya, peruntukan itu melarang penjualan petrol RON95 kepada mana-mana orang untuk kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal.

“Manakala satu kes lagi disiasat di bawah subperaturan 4(3) peraturan sama kerana melanggar subperaturan 4(1), iaitu larangan membeli petrol RON95 bagi kegunaan kenderaan motor asing tanpa kebenaran bertulis Pengawal,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Dalam pada itu, Kamalludin menyeru orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penyelewengan barang kawalan, khususnya barangan bersubsidi.

Tindakan berkenaan dilihat sebagai peringatan bahawa kemudahan subsidi RON95 bukan untuk disalahgunakan, termasuk bagi kegunaan kenderaan asing.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana