Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

AMANAH berpandangan Pas keliru semasa membicarakan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terkait dakwaan dibuat pemimpin veteran itu mengulas mengenai DAP serta PH.

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, DAP hanya satu daripada parti komponen yang ada dalam PH justeru kritikan yang ditujukan seharusnya lebih fokus dan bukannya melibatkan gabungan tersebut secara semberono.

Kata Faiz, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas gagal membezakan di antara DAP dan PH.

Pada masa sama, kata Faiz, Pas sengaja membina persepsi secara salah untuk menggambarkan seolah-olah DAP sedang memimpin PH, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“DAP dan PH berbeza kerana DAP adalah satu daripada komponen PH. Jika Presiden Pas nak mengkritik PH, senapang dan peluru perlu dituju kepada PH, tetapi dia tidak memilih begitu.

“Presiden Pas membina persepsi salah terhadap PH dengan mendakwa DAP kononnya memimpin PH, sedangkan PH dipengerusikan seorang Melayu Islam bernama Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Faiz, jawatan Timbalan Pengerusi PH pula disandang pemimpin AMANAH dan PKR yang masing-masing merupakan Melayu dan beragama Islam.

Faiz yang juga seorang peguam menjelaskan, Fasal 5 Perlembagaan PH secara jelas menyatakan mereka mempertahan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjunjung institusi diraja.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, tiada sebab untuk Abdul Hadi yang menuduh DAP mengancam Melayu dan Islam dengan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk dibuktikan kesahihannya.

Menurut Ahmad Fadhli, sistem demokrasi tidak mensyaratkan semua pertikaian dibawa ke mahkamah.

“Ada perkara yang perlu diputuskan oleh hakim, ada yang berada di bawah bidang kuasa pendaftar pertubuhan dan ada juga yang sewajarnya diputuskan melalui perbahasan terbuka berdasarkan dokumen, rekod, dasar serta jawapan substantif daripada pihak yang dipersoalkan.

“Dalam isu ini, cabaran ‘samanlah jika benar’ tidak menamatkan perdebatan, sebaliknya hanya mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok yang masih terus diperdebatkan,” katanya.

Dia berkata demikian sebagai maklum balas terhadap Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Sabu yang mencabar Abdul Hadi supaya membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

Tambahnya, dakwaan berat Abdul Hadi itu sepatutnya diuji melalui saluran undang-undang dan bukannya diulang-ulang sebagai retorik politik.

“Jika benar terdapat bukti DAP dan PH mempunyai agenda untuk menghapuskan Melayu dan Islam, mengancam kedudukan Islam dalam Perlembagaan atau menjalankan usaha menentang asas negara ini, bawalah bukti terbabit ke mahkamah dan saluran undang-undang yang sah,” cabar Aiman.

Sementara itu, Faiz berkata PH tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengancam kedudukan Melayu dan Islam walaupun sekali, bahkan mereka sentiasa mempertahankannya.

“Presiden Pas mahupun Fadhli tidak mempunyai apa-apa hujah atau asas fakta untuk mendakwa DAP memimpin PH, melainkan membina persepsi negatif terhadap PH,” katanya.

Dalam pada itu, Faiz turut mempersoalkan asas kepada dakwaan Pas bahawa penyatuan UMNO-Pas mampu memajukan orang Melayu dan membela Islam.

Dengan membangkitkan isu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) sebagai contoh, dia berkata, tiada kenyataan bersama daripada UMNO dan Pas untuk mengkritik salah laku yang dilaporkan dalam laporan berkenaan.

“Ironinya, penyatuan ummah hanya timbul apabila muncul pilihan raya, sedangkan kedua-dua parti sentiasa bercakaran merebut kuasa dan kedudukan.

“Ini terbukti ketika PN memerintah pada 2020 dahulu,” katanya.

Sehubungan itu, Faiz berkata Ahmad Fadhli sepatutnya menasihati Abdul Hadi supaya mengambil pendirian berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI dan bukannya mengalihkan perhatian dengan memainkan sentimen terhadap DAP.

Related Posts

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

ARAU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis terus menerima tekanan selepas seorang Exco Kerajaan Negeri Perlis meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Arau berkuat kuasa serta-merta. Beliau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’