Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa 5 petang ini.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya, tarikh kuat kuasa hari ini ditetapkan bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen membuat persediaan berkaitan kekosongan kerusi P.104 Subang.

“Pada 5 Ogos, saya bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen, berkuat kuasa 10 Ogos pada pukul 5 petang.

“Ini bagi memberi pegawai Parlimen tempoh tiga hari bekerja untuk membuat persediaan bagi kekosongan kerusi Parlimen Subang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Wong Chen berkata, beliau dan pihak berkaitan turut bersetuju untuk tidak mendedahkan butiran mengenai peletakan jawatan itu sehingga 5 petang hari ini.

Dalam surat yang dikongsikan bersama hantaran berkenaan, beliau memaklumkan keputusan itu dibuat secara sukarela, sekali gus mengosongkan kerusi P.104 Parlimen Subang.

Beliau turut memaklumkan gelaran kehormat ‘Yang Berhormat’ akan dikeluarkan daripada semua papan iklan, papan tanda serta urusan surat-menyurat berkaitan dirinya selewat-lewatnya bulan depan.

Wong Chen turut mengumumkan akan mengadakan sidang media pada Rabu ini, jam 11 pagi bagi menjelaskan lanjut mengenai keputusannya.

Peletakan jawatan itu berlaku ketika kedudukan politik Wong Chen dalam PKR menjadi perhatian, termasuk susulan penyertaannya dalam program politik yang turut membabitkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pada Jun lalu, Wong Chen mendedahkan menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR berhubung kehadirannya dalam program berkenaan.

Beliau ketika itu mencabar kepimpinan PKR supaya memecatnya daripada parti sekiranya mempunyai alasan untuk berbuat demikian, namun menegaskan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang.

Sebelum itu, Wong Chen turut memberi bayangan sedang mempertimbangkan masa depan politiknya termasuk kemungkinan meninggalkan PKR, namun mahu mendapatkan pandangan penduduk Subang dan keluarganya sebelum membuat keputusan.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera