Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Anthony Loke.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, pelantikan Arul Kumar yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan.

Menurutnya, pelantikan berkenaan selaras dengan perlembagaan parti selepas beliau mengosongkan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang disandang selama 22 tahun sejak 2004.

“Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada jawatankuasa negeri yang baharu kerana pasukan kita berpengalaman, telah lama bekerjasama dan bersatu padu.

“Paling penting, kita akan meneruskan kerja di setiap kawasan yang diwakili dengan bersungguh-sungguh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Beliau berkata, tanggungjawab Arul Kumar sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan adalah besar, terutama selepas parti itu mencatatkan prestasi baik dalam empat pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini dan berjaya mengekalkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan ke-16 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anthony berkata, pelantikan Arul Kumar turut mencerminkan komitmen DAP terhadap politik berbilang kaum walaupun majoriti anggota jawatankuasa negeri terdiri daripada kaum Cina.

Arul Kumar dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bagi membincangkan bentuk kerjasama baharu antara kerajaan negeri dan barisan pembangkang.

Sementara itu, Arul Kumar berkata, tanggungjawab menerajui DAP Negeri Sembilan merupakan satu amanah besar dan beliau akan memastikan parti terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, DAP akan terus berkhidmat di sembilan kawasan yang dimenangi, selain meneruskan khidmat kepada penduduk di DUN Chennah dan Repah yang tidak lagi diwakili parti itu.

Pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi, manakala dua kerusi iaitu Chennah dan Repah gagal dipertahankan.

Related Posts

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

KOTA KINABALU – Baki RM900 juta daripada Pemberian Khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah dijangka dibayar sekali gus sebelum hujung tahun ini selepas proses berkaitan di Parlimen dan pewartaan selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM