Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Oleh: Fathi Aris Omar

ULASAN | Orang Pakatan Harapan (PH) jangan sedih sangat. Orang Perikatan Nasional (PN) jangan seronok sangat.

Perubahan hanyalah parti politik. Negara kita tidak berubah-ubah. Macam inilah sejak puluhan tahun Barisan Nasional (BN) memerintah.

Pemimpin politik kita menyesatkan pengikut. Kerajaan menyesatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kesatuan sekerja juga.

Tidak ajar dan ajak rakyat bincang isu pokok.  Mereka tidak cuba baiki negara. Mereka hanya mahu peralat pengundi, pengguna dan pengikut bincang hal lain yang tidak bantu rakyat mandiri.

Pengundi, pengguna dan pengikut menjadi rakyat yang bodoh dan diperbodohkan. Mereka takut rakyat sedar dan celik mata.

Jadi kau orang bertekaklah ‘gajah rimau’, masalah masih ada. Tidak selesai. Akan terus berulang.

Suatu hari nanti kau orang semua, khasnya Gen Z, akan mengamuk dan merusuh. Masalah ini tidak selesai-selesai. Waktu itu penyelesaian sudah tiada. Kalau masih ada tetapi sudah terlambat.

Jadi apa akibat yang kita kena tanggung bersama? Upah atau gaji rendah, gaji lebih rendah, tidak padan ijazah atau kursus (walau pengangguran terkawal), kos sara hidup naik (walau inflasi terkawal), hidup dibelenggu hutang; susah beli rumah; susah menabung; tiada lebihan duit untuk melabur, susah beli insurans kesihatan

Apakah tindakan kita dan keluarga boleh buat?

Hidup penuh jimat cermat, beli barang ikut keperluan, ‘best value for money’, jangan ajar berhutang, hutang untuk kegiatan produktif (misalnya kenderaan sesuai untuk pergi-balik kerja), jangan layan gaya hidup bukan-bukan, jangan FOMO (takut ketinggalan), terikut-ikut trend semasa, jangan ikut budaya ‘consumerist’ dan beli semata-mata beli.

Kerajaan sudah cuba baiki sedikit-sedikit tetapi ekosistem keseluruhan belum banyak berubah. Kita tidak pasti pendekatan yang sudah dicuba itu akan membuahkan hasil.

***Penulis adalah aktivis, penulis buku dan sentiasa mengutarakan isu semasa di media sosialnya

Related Posts

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun