Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

KOTA KINABALU – Lapan laluan perkhidmatan Bas.My (Bas Pink) di Kota Kinabalu akan dijajar semula bagi memperluas liputannya kepada sekurang-kurangnya 70 peratus laluan utama dalam kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Senator Datuk Phoong Jin Zhe berkata, cadangan penjajaran itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Anggota LPKP Sabah Bilangan 7/2026 pada 25 September lalu dan proses penyelarasannya dijangka selesai pada 15 Oktober ini.

“Antara lokasi baharu yang akan dimasukkan dalam penjajaran laluan ialah Tanjung Aru, Klinik Luyang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Bandar Sierra serta Kota Kinabalu High School.

“Penjajaran ini dibuat bagi mengoptimumkan perkhidmatan Bas.My dan memenuhi keperluan penumpang yang menunjukkan peningkatan ketara,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Jin Zhe, seramai 367,798 penumpang menggunakan perkhidmatan Bas.My setakat 20 September lalu, menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.

Mengulas cadangan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi supaya perkhidmatan Bas Pink diperluas ke Tawau dan Sandakan, Jin Zhe berkata, pihaknya menyambut baik maklum balas positif daripada orang ramai termasuk wakil rakyat terhadap perkhidmatan berkenaan.

“Saya gembira melihat sambutan dan maklum balas positif daripada orang ramai, termasuk wakil rakyat. Kita sememangnya merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke bandar lain demi manfaat rakyat.

“Pengangkutan awam perlu menjadi satu kemudahan asas dalam kehidupan masyarakat bandar dan peluasan itu akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi perancangan yang teliti bersama Kerajaan Persekutuan.

“Dengan jumlah penumpang yang memberangsangkan di Kota Kinabalu, kita yakin Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi membolehkan perkhidmatan ini diperluaskan ke bandar lain,” kongsinya.

Sementara itu, Jin Zhe berkata, LPKP Sabah turut mengadakan penyelarasan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), DBKK dan pihak berkepentingan bagi menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan di lokasi kritikal.

Katanya, kemudahan itu termasuk hentian bas, lay-by dan petak bas yang akan disediakan secara berperingkat bagi menyokong kelancaran operasi perkhidmatan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jin Zhe mengarahkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap operasi Bas.My dipertingkatkan bagi memastikan perkhidmatan itu beroperasi secara teratur, mematuhi syarat ditetapkan serta memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

Beliau turut mahu urusan pelesenan kenderaan perdagangan dipermudah dengan mengurangkan karenah birokrasi, termasuk meneliti semula keperluan mengemukakan dokumen sokongan yang tidak memberi kesan signifikan terhadap objektif pengeluaran lesen.

Antara dokumen yang diberi perhatian ialah kontrak perjanjian perniagaan, maklumat kebankrapan serta beberapa dokumen lain yang kini diperlukan dalam proses permohonan pelesenan.

Related Posts

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Pendekatan Living Lab yang menggabungkan kepakaran universiti dengan kearifan tempatan berpotensi menjadi model pembangunan komuniti di Sabah dan Sarawak serta diperluaskan sebagai rujukan di peringkat nasional dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun