Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji


KOTA KINABALU – Sebahagian daripada isu keperluan rakyat yang dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri lalu harus diselesaikan segera melalui pelaksanaan projek kecil (low-hanging fruits) yang berimpak tinggi dan berkos rendah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara isu yang dibangkitkan antaranya bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, isu banjir dan sistem saliran serta pendidikan.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kepentingan pelaksanaan projek-projek ‘low-hanging fruits’ sebagai pemangkin strategik pembangunan negeri Sabah.

“Walaupun projek-projek mega penting untuk pertumbuhan jangka panjang, projek ‘low-hanging fruits’ ini mampu memberikan impak segera, dirasai rakyat dan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin.


Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana agar terus memperkukuh komitmen, mempererat kerjasama dan meningkatkan penyelarasan strategik bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, mesyuarat MTPNg harus dimanfaatkan sebagai medium perbincangan yang konstruktif dan berorientasikan penyelesaian serta tindakan supaya setiap isu pelaksanaan dapat ditangani secara proaktif.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0, pelaksanaan projek-projek pembangunan perlu terus diperkasakan melalui penyelarasan yang lebih sistematik dan bersepadu antara kementerian, jabatan serta agensi pelaksana.

“Saya yakin melalui iltizam dan sinergi yang kukuh, kita mampu memastikan setiap projek pembangunan dapat disempurnakan dengan jayanya, sekali gus mempercepatkan kemajuan negeri Sabah serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup seluruh rakyat,” katanya.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri-Menteri Kabinet negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Mesyuarat MTPNg kali ini turut disertai buat kali pertama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri baharu, Datuk Zainudin Aman bersama Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah ICU JPM Sabah, Datuk Samsul Dollah.

Related Posts

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

SRI AMAN – Institusi masjid perlu terus diperkasa dan diperluas peranannya sebagai rakan strategik kerajaan dalam pembangunan modal insan serta kesejahteraan masyarakat di Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan hampir RM100,000 bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan bas di bandar raya Kuantan. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak