Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

KUCHING – Bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Maxim Malaysia berkolaborasi bersama Hospital Umum Sarawak (HUS) menganjurkan inisiatif khas bagi menghargai golongan ibu di wad bersalin.  

Menerusi program tersebut, seramai 50 ibu baharu menerima kejutan berupa pek hadiah mengandungi botol susu dan mainan pertama bayi berserta baucar perjalanan percuma daripada syarikat e-panggilan berkenaan.  

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, kemudahan baucar perjalanan itu disediakan khusus bagi memberi keselesaan kepada para ibu.

“Baucar tersebut boleh digunakan bukan sahaja untuk perjalanan pulang selepas keluar dari hospital, malah memudahkan urusan seterusnya seperti menghadiri pemeriksaan kesihatan atau membawa bayi mendapatkan rawatan.  

“Membantu seorang ibu pulang dengan selamat tanpa perlu risau tentang pengangkutan serta memberikan sedikit ketenangan ketika memulakan kehidupan bersama bayi adalah antara matlamat utama kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.   

HUS merupakan hospital rujukan awam utama dan fasiliti penjagaan kesihatan terbesar di Sarawak.  

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi hospital tersebut mengendalikan jumlah kes materniti yang tinggi, merangkumi kes rujukan daripada hospital daerah serta pusat perubatan swasta dari seluruh negeri.  

Sementara itu, wakil HUS turut merakamkan penghargaan atas kepekaan dan sokongan jitu daripada pihak Maxim Malaysia.  

“Apabila pihak swasta memberi perhatian kepada perkara kecil seperti ini, ia membawa makna yang besar. Penjagaan terhadap seorang ibu bukan sahaja bermula di bilik rawatan, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor keselesaan, keselamatan dan perjalanan pulang mereka,” jelas wakil hospital tersebut.  

Menurut laporan petugas kejururawatan di wad berkenaan, inisiatif itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh para ibu yang rata-ratanya berasa lega kerana isu pengangkutan selepas keluar dari wad dapat diringankan, terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh. 

Kempen Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun bagi menyuntik kesedaran masyarakat tentang kepentingan penyusuan susu ibu serta menggalakkan sokongan berterusan kepada ibu dan bayi.

Related Posts

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3