Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

SHAH ALAM – Selangor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri paling banyak dikunjungi di Malaysia bagi tahun kelima berturut-turut sejak 2021, apabila merekodkan 36.4 juta pelawat domestik sepanjang 2025.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu meningkat 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan lagi status Selangor sebagai destinasi pilihan utama pelancong tempatan.

“Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kekuatan fiskal negeri,” katanya dalam satu kenyataan sempena Anugerah Pelancongan Negeri Selangor 2026 di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, malam tadi.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan prestasi pelancongan yang memberangsangkan bergerak seiring dengan kekuatan ekonomi Selangor yang terus menjadi peneraju ekonomi negara.

Menurutnya, Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan nilai RM460.1 bilion, mewakili 26.5 peratus daripada keseluruhan ekonomi negara.

“Kejayaan ini mencerminkan kekuatan ekonomi negeri, keyakinan pelabur serta keberkesanan dasar pembangunan yang dilaksanakan secara mampan dan inklusif,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025 menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan Tahun Melawat Selangor 2026 yang menyasarkan kehadiran sembilan juta pelancong ke negeri itu.

Bagi menyokong sasaran tersebut, Tourism Selangor akan terus mempergiat usaha promosi menerusi kempen Surprising Selangor, Selangor Kan Ada! dan Liburan Sehat Ya di Selangor Aja!.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan