5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian 2030 (SFR2030).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, melalui LESTARI, pihaknya bersama pemain industri akan melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi impak nyata kepada rakyat dan alam sekitar menjelang 2030.

Menurutnya, inisiatif berkenaan turut menyokong peralihan sektor komunikasi dan multimedia ke arah aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, selain memperkukuh ekonomi kitaran.

“Antara tumpuan ialah mengurangkan sisa elektronik, memanjangkan hayat peranti serta meningkatkan akses kepada teknologi yang lebih mampu milik.

“Peranti yang masih boleh digunakan akan dibaik pulih dan digunakan semula, sekali gus membantu mengurangkan kos pemilikan peranti serta memperluas akses teknologi, khususnya kepada golongan rentan dan berpendapatan rendah,” menurut MCMC dalam kenyataan pada Isnin.

MCMC berkata, LESTARI menyasarkan 15 juta peranti diurus secara lestari menjelang 2030 melalui penggunaan semula, naik taraf atau penggantian kepada teknologi lebih cekap, selain kitar semula secara bertanggungjawab.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyempurnakan pelancaran LESTARI di ibu negara yang menetapkan hala tuju kelestarian sektor telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier sehingga 2030.

Rangka kerja itu menterjemahkan aspirasi kemampanan negara kepada tindakan di peringkat sektor, selaras dengan Malaysia MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), komitmen iklim Malaysia serta aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.

MCMC berkata, LESTARI dibangunkan bersama industri menerusi sesi libat urus yang melibatkan 116 peserta daripada 47 organisasi.

Menurutnya, usaha berkenaan menyediakan hala tuju bersama bagi menggerakkan agenda kelestarian secara lebih tersusun dan bersepadu berdasarkan tiga teras utama.

Teras berkenaan merangkumi kelestarian iklim dan alam sekitar, termasuk kecekapan tenaga, pengurangan pelepasan karbon, tenaga boleh baharu, ekonomi kitaran serta daya tahan infrastruktur.

Ia turut memberi tumpuan kepada impak sosial dan keterangkuman, meliputi aspek keterangkuman, keselamatan, kemahiran serta kesejahteraan rakyat.

MCMC berkata, pelaksanaan LESTARI akan dipantau secara berkala berdasarkan sasaran dan petunjuk yang ditetapkan bersama industri bagi memastikan setiap inisiatif mencapai hasil yang disasarkan.

Turut diperkenalkan ialah Net Zero & Circularity Alliance (NZCA), iaitu platform kerjasama industri bagi mengurangkan pelepasan karbon serta memperluas usaha pengumpulan, penggunaan semula dan kitar semula peranti secara lebih tersusun.

“Sebagai tanda komitmen awal terhadap agenda kelestarian sektor komunikasi dan multimedia, 15 organisasi daripada pelbagai segmen ekosistem digital telah menandatangani ikrar sokongan kepada LESTARI dan NZCA,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3