Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa hari ini di Tawau.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, langkah itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.

“Saya mengambil serius laporan dan aduan orang ramai kerana keselamatan dan kesihatan rakyat perlu diberikan keutamaan.

“Pemeriksaan wajar meliputi semua kemungkinan sumber, termasuk bekalan air, makanan, premis makanan serta faktor persekitaran, supaya punca sebenar dapat dikenal pasti berdasarkan hasil ujian dan siasatan yang sahih,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Suryady, hasil pemeriksaan juga perlu dimaklumkan kepada orang ramai dengan segera agar sebarang kebimbangan dapat ditangani dan langkah pencegahan sewajarnya boleh diambil.

“Saya akan terus mengikuti perkembangan perkara ini dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

Related Posts

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

LUMUT – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia