Masyarakat digesa peka, manfaatkan insentif MADANI

SEPANGGAR – Masyarakat diseru agar lebih peka terhadap pelbagai insentif yang disediakan Kerajaan MADANI, memandangkan masih terdapat peluang yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, seruan itu dibuat susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan dan sokongan yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

“Banyak insentif daripada Kerajaan MADANI ini, tapi kita sendiri yang tidak menguasainya.

“Peningkatan kefahaman masyarakat terhadap peluang dan insentif kerajaan penting supaya manfaat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti di kawasan Sepanggar,” katanya ketika merasmikan Seminar Kenegaraan Komuniti Sepanggar di Hotel Ibis, Inanam.


Menurut Mustapha, jaringan komuniti di kawasan Sepanggar perlu diperkukuh menerusi gerak kerja bersama, pengaktifan ranting dan lokaliti serta peningkatan pengetahuan masyarakat.

Katanya, kerjasama di peringkat akar umbi penting bagi memastikan setiap penggerak komuniti dapat memainkan peranan masing-masing secara lebih tersusun.

“Pembahagian peranan dalam kalangan penggerak komuniti juga akan diperincikan bagi memastikan setiap pihak memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Lebih banyak kursus akan disediakan bagi meningkatkan pengetahuan dan keupayaan komuniti, khususnya dalam memanfaatkan peluang serta kemudahan yang disediakan kerajaan,” jelasnya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah