Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong

KABONG – Pantai Tanjung Kembang di sini bakal menerima nafas baharu menerusi cadangan pembangunan kemudahan dan naik taraf fasiliti bagi meningkatkan potensi kawasan itu sebagai destinasi pelancongan utama di Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, perkara itu antara yang diberi perhatian menerusi dua mesyuarat berkaitan pembangunan Pantai Tanjung Kembang yang dipengerusikannya.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada pembentangan dan penelitian cadangan reka bentuk akhir bagi projek pembinaan baharu serta naik taraf fasiliti di kawasan pantai tersebut.

“Penelitian terhadap reka bentuk akhir merupakan antara fasa penting bagi memastikan setiap aspek pembangunan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teliti sebelum projek berkenaan diteruskan ke peringkat seterusnya.

“Perancangan yang dibuat perlu mengambil kira keperluan penduduk dan pengunjung supaya kemudahan yang dibangunkan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Bina Baharu dan Naik Taraf Fasiliti-Fasiliti di Pantai Tanjung Kembang, Kabong serta Mesyuarat Cadangan Medan Selera dan Inap Desa Pantai Tanjung Kembang di Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Jumaat.

Chee Kadir berharap keseluruhan perancangan projek berkenaan dapat berjalan lancar seperti yang dirancang, sekali gus memberikan impak positif terhadap pembangunan kawasan Pantai Tanjung Kembang.

Katanya, pembangunan itu bukan sahaja menyediakan kemudahan lebih selesa kepada penduduk dan pelancong, malah berpotensi membuka ruang lebih luas kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan.

“Pembangunan ini berpotensi merancakkan kegiatan ekonomi penduduk sekitar, khususnya melalui sektor pelancongan, perniagaan makanan, penginapan serta pelbagai aktiviti rekreasi,” katanya.

Beliau turut melihat projek berkenaan sebagai usaha penting memberikan wajah baharu kepada sektor pelancongan Kabong, dengan Pantai Tanjung Kembang berpotensi menjadi antara destinasi tarikan utama di kawasan tersebut.

Menurutnya, kewujudan kemudahan lebih baik dan persekitaran pantai yang lebih tersusun juga dijangka mampu menyokong penganjuran pelbagai acara berskala lebih besar pada masa akan datang.

Antara acara yang berpotensi mendapat manfaat daripada pembangunan berkenaan termasuk Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong dan Maraton Laluan Pantai Antarabangsa Kabong yang mampu menarik penyertaan serta kunjungan dari luar kawasan.

Dalam pada itu, Chee Kadir merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, khususnya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan bagi menjayakan pembangunan tersebut melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi kawasan Kabong.

Beliau berkata, kerjasama erat antara semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan projek yang dirancang dapat direalisasikan dengan baik serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

Chee Kadir berharap pembangunan Pantai Tanjung Kembang dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, membuka lebih banyak peluang kepada komuniti serta memperkukuhkan Kabong sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing di Sarawak.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin