Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

KANGAR – Bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyindir pendirian UMNO Perlis yang mahu bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan menyifatkan Pas pula sedang memikirkan soal perpaduan dan masa depan umat.

Sindiran itu dibuat menerusi satu hantaran di Facebook hari ini dengan beliau berkongsi laporan media berhubung kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman mengenai kesediaan parti itu bergerak solo di kesemua 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri ini.

Mohd. Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang membandingkan pendirian tersebut dengan pendekatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyeru pengundi menyokong Barisan Nasional (BN) di Johor.

“TG (Tuan Guru) Presiden Pas seru undi BN di Johor. Kita (Pas) dok pikiaq (fikir) perpaduan dan masa depan umat, dia nampak setakat ibu jari kaki saja,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, Mohd. Shukri tidak menyebut secara langsung nama mana-mana pemimpin UMNO dalam sindiran berkenaan, sebaliknya memuat naik tangkap layar laporan mengenai kenyataan Rozabil bersama hantaran tersebut.

Kelmarin, Rozabil dilaporkan berkata, pendirian UMNO Perlis ketika ini adalah untuk bergerak sendiri dalam PRU16 berdasarkan kehendak majoriti ahli dan akar umbi parti.

Menurutnya, UMNO Perlis juga belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Rozabil mendedahkan terdapat pihak yang sudah menghubunginya untuk mengadakan pertemuan berkaitan kerjasama politik, namun menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk dibincangkan.

Beliau turut menegaskan keputusan akhir mengenai sebarang bentuk kerjasama politik menjelang PRU16 adalah terserah kepada pucuk kepemimpinan tertinggi UMNO.

Dalam perkembangan sama, UMNO Perlis kini menggerakkan jenteranya di kesemua 15 DUN dan tiga kawasan Parlimen selepas parti itu gagal memenangi sebarang kerusi di negeri berkenaan pada PRU15.

Foto: NSTP

Related Posts

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

PAPAR – Kapasiti asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir di sini meningkat hampir dua kali ganda daripada 160 kepada 300 murid susulan siapnya projek pembinaan blok baharu bernilai RM18.23 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun