Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

KUALA LUMPUR — Sebut Prada, Gucci, Versace atau Armani, satu perkara akan terlintas di fikiran kita: Itali.

Nama-nama itu bukan lagi sekadar jenama pakaian. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti ekonomi dan budaya sebuah negara yang berjaya menggabungkan reka bentuk, craftsmanship, warisan, pemasaran dan reputasi sehingga “Made in Italy” sendiri membawa nilai premium.

Malaysia, tentunya belum berada pada skala tersebut. Tetapi, mengapa tidak bermula sekarang? Mungkin salah satu aset yang selama ini berada betul-betul di hadapan mata kita ialah batik Malaysia.

Malaysia tidak kekurangan identiti. Kita mempunyai batik, songket, tenunan serta pelbagai tekstil dan motif tradisional dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sejak dahulu, negara kita kaya dengan pelbagai warisan. Persoalannya, sejauh nana kita mampu menukar warisan itu menjadi sebuah nilai.

Batik, misalnya tidak semestinya kekal sebagai pakaian ke pejabat, majlis rasmi atau acara kebudayaan.

Di tangan pereka yang tepat, ia boleh diterjemahkan kepada blazer, dress, outerwear, resort wear, aksesori dan koleksi kontemporari yang mempunyai nilai pasaran jauh lebih tinggi.

Di sinilah Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 membawa satu dimensi menarik apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalinkan kerjasama strategik dengan KLFW dalam agenda memperkasakan produk tempatan.

Kerjasama itu merupakan susulan kepada gerakan Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA), yang dilancarkan pada 27 Jun lalu sebagai transformasi kepada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang bermula sejak 1984.

Menariknya, KPDN kini melihat fesyen bukan sekadar daripada sudut kepenggunaan, tetapi sebagai sebahagian daripada ekosistem ekonomi.

Ketika merasmikan KLFW 2026, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YBM Datuk Armizan Mohd Ali, turut menekankan bahawa industri fesyen mempunyai rantaian ekonomi yang luas — daripada pereka dan tukang jahit kepada pengeluar tekstil, peruncit, logistik, pencipta kandungan dan pemasaran digital.

Sebuah fashion show mungkin hanya memperlihatkan model dan pakaian di atas runway.

Tetapi di belakangnya terdapat pembatik, pembekal fabrik, pelukis motif, penenun, tukang jahit, pereka, jurugambar, model, pengurus acara, peruncit, platform e-dagang dan syarikat logistik.

Apabila permintaan berkembang, seluruh rantaian ekonomi domestik turut bergerak.

Batik bukan sekadar warisan

Salah satu manifestasi kerjasama KPDN dan KLFW ialah segmen khas Fashion Forward Batik Malaysia, yang menampilkan 30 rekaan eksklusif daripada 10 pereka tempatan menggunakan tekstil batik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dalam bentuk kontemporari.

Eksperimen ini penting kerana persoalan yang mahu dijawab bukan lagi:

“Bagaimana kita mengekalkan batik?” Sebaliknya, “bagaimana kita meningkatkan nilai batik?” Perbezaannya besar.

Yang pertama melihat batik sebagai warisan yang perlu dipelihara.

Yang kedua melihatnya sebagai aset intelektual, budaya dan komersial yang boleh dibawa ke pasaran baharu.

KLFW 2026 yang menghimpunkan puluhan jenama tempatan, pereka fesyen dan rakan strategik industri juga menunjukkan bahawa runway hanyalah sebahagian kecil daripada ekosistem yang lebih besar.

Produk Malaysia belum tentu menjadi jenama Malaysia. Namun, di sinilah kita boleh belajar daripada Itali.

Kekuatan mereka bukan semata-mata kerana menghasilkan pakaian yang cantik. Mereka membina ekosistem yang menggabungkan reka bentuk, craftsmanship, heritage, provenance, storytelling, pemasaran dan pengalaman pelanggan sehingga sebuah produk boleh berubah menjadi jenama bernilai tinggi.

Pengguna luxury akhirnya bukan membayar harga kain atau bahan mentah semata-mata.

Mereka membayar idea, kreativiti, workmanship, sejarah, reputasi dan prestige.

Maka cabaran Malaysia bukan untuk mencipta “Gucci versi Malaysia”.

Lebih penting ialah membina jenama yang membuatkan pengguna sanggup membayar premium kerana nama, reka bentuk dan asal-usulnya sendiri.

Ini juga menjelaskan mengapa memiliki batik sahaja belum mencukupi.

Malaysia mempunyai produk. Kita mempunyai artisan. Kita mempunyai pereka. Kita mempunyai tekstil dan identiti budaya.

Tetapi kita masih perlu membina brand architecture — daripada perlindungan dan pemilikan IP, standard kualiti, reka bentuk dan positioning, hinggalah kepada pemasaran, retail experience dan jaringan eksport.

Itulah jurang antara produk dengan jenama global.

Dari “support local” kepada “I want this”

Datuk Armizan menggariskan tiga fokus kerajaan bagi industri ini: memperluas akses pasaran, meningkatkan keyakinan terhadap kualiti produk Malaysia dan membantu pereka membangunkan perniagaan yang mampan.

Ketiga-tiganya penting, kerana matlamat akhirnya bukan supaya pengguna luar negara membeli produk Malaysia kerana simpati mahu “support local”.

Matlamatnya ialah supaya mereka berkata:

“I want this.”

Itulah titik apabila produk tempatan mula berubah menjadi jenama.

Itali mengambil masa puluhan tahun untuk menjadikan “Made in Italy” sinonim dengan craftsmanship, reka bentuk dan prestige. Malaysia tidak perlu meniru Itali, Perancis atau mana-mana negara.

Kita perlu membina identiti sendiri.

Mungkin kita belum mempunyai Prada, Gucci, Versace atau Armani.

Tetapi kita sudah mempunyai sesuatu yang mereka tidak ada:

Batik Malaysia.

Jika warisan itu berjaya ditransformasikan daripada tekstil tradisional kepada produk bernilai tinggi, daripada produk kepada jenama premium, dan daripada jenama premium kepada eksport global, suatu hari nanti dunia mungkin tidak lagi melihat “Made in Malaysia” sekadar sebagai tempat sesuatu produk dihasilkan.

Ia boleh menjadi sebuah tanda nilai.

Dan ketika itu, fesyen Malaysia bukan lagi sekadar berjalan di atas runway.

Ia berjalan sebagai sebuah ekonomi.

Related Posts

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Orang Pakatan Harapan (PH) jangan sedih sangat. Orang Perikatan Nasional (PN) jangan seronok sangat. Perubahan hanyalah parti politik. Negara kita tidak berubah-ubah. Macam inilah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kembalikan Ahli Parlimen kepada fungsi sebenar

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ULASAN | Pandangan saya mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen yang tular sekarang. Bagi saya satu perkara yang wajar dikritik dalam sistem politik kita ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini