MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

SHAH ALAM – Dakwaan yang cuba menimbulkan keraguan terhadap pengurusan dana amanah dan harta pusaka oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disifatkan tidak berasas.

Exco Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, hal ini kerana MAIS mengekalkan rekod audit bersih selama 20 tahun berturut-turut sehingga 2024, sekali gus membuktikan amalan tadbir urus, akauntabiliti dan integriti yang kukuh dalam pengurusan hal ehwal Islam serta dana amanah.

“Di bawah Seksyen 82 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, anggaran hasil dan perbelanjaan MAIS juga tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Khamis.

RUU berkenaan kemudiannya diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Tambahnya lagi, dana amanah ketika ini dilaburkan dalam deposit tetap patuh syariah dan semua pulangan pelaburan disalurkan semula ke dalam akaun amanah.

Katanya, MAIS juga sedang memuktamadkan penambahbaikan dasar pelaburan bagi meningkatkan pulangan menerusi instrumen berisiko rendah tanpa menjejaskan pematuhan kepada undang-undang Persekutuan.

Menyentuh peranan MAIS yang diperluaskan menerusi pindaan berkenaan, Fahmi berkata majlis itu sememangnya telah menyediakan perkhidmatan bantuan guaman syarie dan pentadbiran harta pusaka, manakala pindaan hanya memperkukuh kerangka perundangan bagi fungsi tersebut.

Menurut beliau, MAIS telah memberikan bantuan guaman kepada 1,104 individu sepanjang 2025 dan berkeupayaan membantu kira-kira 1,600 orang setiap tahun, dengan 90 peratus penerima berpuas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Bagi pentadbiran harta pusaka pula, beliau berkata pindaan itu membolehkan MAIS bertindak lebih proaktif membantu benefisiari yang terdedah kepada risiko seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta kes melibatkan waris yang tidak dapat dikesan, namun pelaksanaannya tetap tertakluk kepada undang-undang sivil dan syariah sedia ada.

Fahmi menegaskan peranan MAIS hanya terhad kepada pentadbiran harta pusaka mengikut hukum syarak dan hasrat asal pemilik harta, bukannya sebagai pemilik kepada harta pusaka tersebut.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan