Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan sudah tiba masanya parti itu mengakui kelemahan dan kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH) selepas mempertahankan pendiriannya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, pendekatan mempertahankan naratif bahawa tiada penyelewengan berlaku mungkin perlu dilakukan ketika tempoh berkempen, namun perkara itu tidak seharusnya diteruskan selepas pilihan raya berakhir.

“Mungkin semasa kempen pilihan raya, kita terpaksa mempertahankan pendirian bahawa tiada unsur penyelewengan, hibah ditingkatkan dan subsidi haji kepada jemaah muassasah terus dikekalkan.

“Namun, kini sudah tiba masanya untuk berlaku jujur. Kita perlu mengakui bahawa memang wujud kelemahan dan kegagalan dalam aspek tadbir urus TH.

“Jika UMNO mengambil pendirian sedemikian serta mengakui kelemahan, kegagalan tadbir urus dan salah urus yang berlaku, sekurang-kurangnya ia memberi petanda bahawa terdapat usaha ke arah perubahan dan pemulihan parti.

“Mungkin perkara ini sukar diakui ketika kempen PRN namun sekurang-kurangnya sudah ada suara dalam kalangan akar umbi yang berpendapat isu ini tidak boleh lagi disapu di bawah karpet dengan pelbagai alasan.

“Apa juga kelemahan, kegagalan atau masalah tadbir urus yang berlaku perlu diakui secara terbuka,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.

Khairy berkata, pengakuan terhadap kelemahan itu penting bagi membuktikan UMNO benar-benar bersedia melakukan pembaharuan dan tidak lagi mempertahankan tindakan lampau yang menjejaskan keyakinan rakyat.

Beliau berkata, langkah mengakui kesilapan bukan sahaja mampu memulihkan imej parti, malah memberi isyarat bahawa UMNO serius melaksanakan perubahan serta memperbaiki tadbir urus demi kepentingan rakyat dan institusi.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan