Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) mengambil tindakan segera bagi memulihkan laluan di Jalan Tun Fuad Stephen (Tanjung Lipat) dengan melaksanakan kerja pemasangan Bailey Bridge.

Tindakan itu sebagai penyelesaian sementara demi menjamin kelancaran pergerakan pengguna jalan raya susulan kerosakan jambatan di Kilometer 2.85.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, kerja-kerja pemasangan jambatan sementara itu sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah di lokasi jambatan yang mengalami kerosakan.

“Berdasarkan perkembangan semasa di tapak projek, proses pemasangan Bailey Bridge dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk disiapkan.

“Namun, tempoh tersebut adalah tertakluk kepada keadaan cuaca serta faktor-faktor teknikal yang mungkin mempengaruhi kelancaran pelaksanaan kerja di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Dalam masa yang sama, pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan petugas di lapangan serta papan tanda keselamatan yang dipasang di kawasan pembinaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Aspek keselamatan pengguna kekal menjadi keutamaan kerajaan sepanjang kerja-kerja pemasangan Bailey Bridge dilaksanakan.

“KKRU bersama JKR Sabah komited memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut perancangan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kementerian dan JKR Sabah akan terus memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar,” jelasnya.

Tambah Joachim, segala usaha yang dilaksanakan adalah demi kepentingan awam, khususnya memastikan sistem perhubungan jalan raya di kawasan berkenaan dapat kembali beroperasi dengan baik.

“Pada masa sama, kerajaan negeri turut menghargai kerjasama semua pihak yang memberi ruang kepada pelaksanaan kerja-kerja pemulihan yang dijalankan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan projek, selain memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami akibat gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai agar terus bersabar sepanjang tempoh pembinaan dijalankan kerana segala usaha sedang dipercepatkan bagi memastikan laluan tersebut dapat digunakan semula secepat mungkin.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok