Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

SANDAKAN – Sebanyak 165.96 gram dadah disyaki syabu bernilai RM18,200 berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada 1 dan 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) George Abd Rakman berkata, empat lelaki turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Beliau berkata, operasi pertama dijalankan kira-kira pukul 7.40 malam pada 1 Ogos di Bandar Kim Fung, Batu 4 hasil maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah.

“Dalam serbuan itu, dua lelaki ditahan bersama rampasan 101.79 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM11,200.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, operasi kedua pula dijalankan pada pukul 10 pagi keesokan hari di Kampung Gum-Gum, Batu 16.

“Dua lagi lelaki berjaya ditahan dan polis merampas 64.17 gram syabu dengan anggaran nilai RM7,000.

“Seorang suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi disiasat di bawah Seksyen 39B akta yang sama,” ujarnya.

.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar