Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari


SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan 95 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan 91 tangkapan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan melebihi RM25 juta sepanjang tempoh Januari hingga 3 Ogos tahun ini.

Komandernya, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kes terbaharu merupakan cubaan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang digagalkan di kawasan tepi Sungai (Sg) Siguntur, Sibugal Besar, di sini, pada Isnin.

“Dalam operasi pukul 4.30 petang itu, pasukan penguat kuasa turut merampas sebuah bot, sebuah lori tiga tan dan sejumlah besar minyak masak bersubsidi pelbagai jenama.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM160,469, ” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Tegas Ahmad Amri, PPM Wilayah 4 Sabah kekal komited memastikan setiap bentuk ketirisan dan penyeludupan dibanteras demi melindungi kepentingan serta hasil negara.

“Kita juga akan terus memperhebat risikan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan serta penyeludupan barang kawalan bersubsidi, khususnya yang cuba dibawa keluar dari negara ini,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok