Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

WASHINGTON – Rundingan damai baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan bermula esok, kata Presiden Donald Trump, namun Tehran menafikan sebarang persetujuan ke arah itu.

Trump berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membatalkan rancangan melancarkan serangan baharu terhadap Iran bagi memberi peluang kepada penyelesaian secara diplomatik.

“Jelas sekali mereka tidak mahu diserang. Mereka tahu sejauh mana persiapan serangan itu kerana mereka melihat segala persediaan sedang dilakukan.

“Kini, apa yang kami lakukan ialah berunding dengan mereka. Rundingan itu akan bermula esok (Isnin) petang,” katanya kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One semalam.

Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan lokasi atau pihak yang terbabit dalam rundingan itu.

Pada Sabtu, Trump menarik balik ancaman untuk melancarkan serangan dahsyat besar-besaran terhadap Iran yang didakwanya mampu menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana masih ada peluang untuk mencapai persetujuan.

Mengulas lanjut mengenai keputusan itu, Trump berkata beliau diminta oleh Iran serta sekutu AS iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar supaya membatalkan serangan berkenaan.

“Apabila sekutu meminta supaya ia dibatalkan, kita perlu mempertimbangkan. Mereka berbuat demikian kerana percaya masih ada ruang untuk mencapai perjanjian,” katanya.

Menurut beliau, perjanjian itu membabitkan Selat Hormuz sebelum disusuli persetujuan mengenai isu nuklear atau pelucutan program nuklear Iran.

Trump sekali lagi menegaskan serangan yang dirancang itu akan menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua sekiranya tidak mendapat kerjasama Iran.

“Ia (Iran) akan memerlukan masa bertahun-tahun untuk dibangunkan semula, jika ia masih boleh dibina semula. Saya sendiri tidak fikir ia boleh dipulihkan,” katanya.

Trump juga berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menggesanya supaya tidak meneruskan serangan itu kerana bimbang ia akan mencetuskan kesan buruk yang tidak dijangka.

“Mereka mungkin dibanjiri kemasukan orang ramai ke negara mereka dan pelbagai bencana lain boleh berlaku. Banyak perkara buruk boleh terjadi,” katanya.

Konflik antara AS, Israel dan Iran bermula pada 28 Februari apabila AS dan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Iran.

Walaupun beberapa rundingan diplomatik berjaya meredakan ketegangan buat sementara waktu, perjanjian gencatan senjata gagal dipertahankan.

Iran kemudian mengetatkan kawalan di Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan tenaga dunia, ketika kedua-dua pihak kembali saling melancarkan serangan sejak beberapa minggu lalu.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok