JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

SHAH ALAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan notis larangan di sebuah tapak pembinaan kilang di Kuala Langat susulan kemalangan maut yang mengorbankan dua pekerja warga asing 28 Julai lalu.

Pejabat Pengarah JKKP Selangor dalam kenyataan memaklumkan notis itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dan siasatan awal mendapati beberapa kegagalan berkaitan aspek keselamatan serta kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan berkenaan.

Antara notis yang dikeluarkan ialah kegagalan menjalankan pentaksiran risiko bagi kerja-kerja konkrit menggunakan kren bergerak, kegagalan menyediakan Pelan Kerja Mengangkat (Lifting Plan) bagi operasi kren serta gagal melantik Penyelia Keselamatan Tapak (Site Safety Supervisor).

“Mana-mana majikan yang didapati melanggar peruntukan akta ini boleh dikenakan tindakan perundangan termasuk denda maksimum RM500,000 sekiranya disabitkan kesalahan.

“JKKP Selangor memandang serius setiap kejadian kemalangan di tempat kerja terutamanya yang melibatkan kematian. Majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengenal pasti bahaya di tempat kerja, menjalankan pentaksiran risiko dan melaksanakan langkah kawalan yang sewajarnya sebelum kerja dimulakan.

“Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya majikan mematuhi prosedur keselamatan dan kesihatan serta melaksanakan kawalan risiko secara berterusan bagi aktiviti kerja yang dirancang,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua pekerja am masing-masing berusia 40 dan 44 tahun meninggal dunia selepas dihempap struktur kren yang tumbang.

Ketika kejadian, mereka menurunkan baldi konkrit (bucket concrete) yang dianggarkan seberat 400 kilogram menggunakan sebuah kren bergerak (mobile crane).

“Kren terbabit dipercayai terjungkit berpunca daripada panjang boom yang dibuka melebihi jarak sepatutnya,” menurut kenyataan itu.

JKKP Selangor berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di kawasan bawah boom sebelum dihempap struktur yang tumbang.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tersepit di antara struktur beam dan fly jib boom. Mayat mereka kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Siasatan lanjut turut mendapati tapak projek itu tidak berdaftar dengan JKKP, selain kontraktor utama dan subkontraktor gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tapak pembinaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok