TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.  

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan, tindakan perubatan tersebut dibuat atas nasihat pasukan pakar.  

Menurut kenyataan media berkenaan, keadaan kesihatan Fadillah yang juga Menteri PETRA dilaporkan berada dalam keadaan stabil.  

“Beliau bagaimanapun dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak digalakkan menerima pelawat.  

“Langkah ini penting bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan beliau dapat berjalan dengan lancar,” kata Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Misiah Taib dalam kenyataan media pada Isnin.  

Sehubungan itu, pihak keluarga memohon agar seluruh rakyat dapat mendoakan urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan segera.  

Doa dan sokongan tersebut diharapkan membolehkan beliau kembali bertugas menjalankan amanah seperti biasa.  

Pihak keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas doa, sokongan, serta keprihatinan yang ditunjukkan oleh semua pihak. 

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok