Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, proses itu bergantung kepada keputusan Speaker Dewan Negeri, Lau Weng San yang mempunyai kuasa prerogatif untuk mengumumkan kedudukan kerusi berkenaan.

Menurutnya, penasihat undang-undang sedang menyiapkan penelitian berkaitan perkara itu sebelum dimaklumkan kepada pihak berkaitan.

“Itu prerogatif Speaker (pengumuman kekosongan kerusi), bukan saya punya kedudukan. Saya rasa LA (penasihat undang-undang) akan siapkan nota.

”Saya ingat maksimum minggu ini kita akan maklumkan kepada pihak tertentu tentang posisi dan kedudukan kerusi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Selangor di sini hari ini.

Amirudin menambah, keputusan sama ada pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan bukan ditentukan kerajaan negeri, sebaliknya tertakluk kepada penilaian SPR mengikut peruntukan undang-undang.

“Kita kena akur. Sebab ia adalah keputusan SPR atas pengumuman yang akan dibuat oleh Speaker. Pilihan kita ikut undang-undang. Undang-undang itu pilihan terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin mengesahkan kerajaan negeri menerima maklumat mengenai kemungkinan berlakunya PRK di Selangor susulan dakwaan kehilangan kelayakan seorang Ahli Dewan Negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan rasmi masih menunggu pengumuman Speaker Dewan Negeri selepas semakan dibuat bersama penasihat undang-undang.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX