Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu.

Tertuduh, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu pikap secara melulu sehingga menyebabkan kematian Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33; anaknya, Dhea Sofia, 2; dan Azaharuddin Mohd Ali, 46, di Kilometer (KM) 67, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang 19 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamisah Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Izwan Ishak, lapor Berita Harian.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, manakala lesen memandu digantung hingga perbicaraan kes selesai.

Selain itu, tertuduh diarahkan melapor diri di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin, pada jam 9 pagi setiap Rabu.

Mahkamah menetapkan 18 September depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Mohamad Zekry Zuhairy yang bertugas sebagai Ketua Unit Forensik, Hospital Segamat di Johor, bersama anaknya, Dhea Sofia, dan Azaharuddin yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Cyberjaya, terkorban apabila dua kenderaan berasingan dinaiki mereka bertembung sebuah pikap.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, dipetik berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pikap itu dipercayai cuba memotong sebuah lori tetapi terbabas ke lorong kanan lalu bertembung dua kenderaan dari arah bertentangan.

Related Posts

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

KOTA KINABALU – Penganjuran Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16) dilihat sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap penggiat seni muzik di Sabah, selain menjadi platform mencungkil dan mengembangkan bakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings