Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

KENYATAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat meneruskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka telah mencetuskan persoalan yang wajar diberi perhatian.

Isu ini, bukan sekadar berkaitan strategi pilihan raya tetapi menyentuh soal prinsip, konsistensi dan komitmen terhadap Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir negara.

Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebagai parti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, BN mempunyai tanggungjawab politik untuk menjelaskan kepada rakyat bagaimana kerjasama dengan PN boleh diselaraskan dengan kedudukannya dalam kerajaan.

Katanya, PN secara terbuka mengambil pendirian sebagai blok pembangkang yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui pelbagai kempen politik.

“Persoalan yang timbul ialah sama ada BN masih komited sepenuhnya kepada semangat Kerajaan Perpaduan atau sedang mengorak langkah ke arah penjajaran politik yang berbeza.

“Rakyat berhak mengetahui pendirian sebenar kerana kejelasan politik adalah asas kepada keyakinan terhadap pentadbiran negara,” katanya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dalam politik, strategi pilihan raya sememangnya hak setiap parti, namun apabila sesebuah parti berada dalam kerajaan, setiap tindakan politiknya akan dinilai berdasarkan kesannya terhadap kestabilan pentadbiran.

“Kerjasama dengan pihak yang secara terbuka mahu menjatuhkan kerajaan secara logiknya akan menimbulkan persoalan sama ada wujud percanggahan antara tindakan politik dengan komitmen terhadap kerajaan yang dianggotai.

“Keadaan ini boleh diibaratkan seperti sebuah kompas. Kompas yang baik hanya mempunyai satu arah. Jika jarumnya berubah-ubah mengikut keadaan, ia bukan lagi menjadi panduan tetapi punca kekeliruan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, begitulah juga dalam politik. Rakyat memerlukan pendirian yang jelas, bukannya mesej yang bercanggah antara apa yang diperkatakan di Putrajaya dan apa yang dilakukan ketika pilihan raya.

Lebih membimbangkan, keadaan sedemikian boleh memberi kesan kepada persepsi pelabur, penjawat awam dan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan politik Malaysia.

“Dalam suasana ekonomi global yang masih mencabar, keyakinan terhadap sebuah kerajaan yang stabil merupakan aset yang amat penting untuk menarik pelaburan, melaksanakan reformasi ekonomi dan memastikan kebajikan rakyat terus diperkasakan.

‘Tiada siapa mempertikaikan hak BN untuk menentukan strategi politiknya. Namun hak tersebut datang bersama tanggungjawab moral dan politik untuk memastikan tindakan yang diambil tidak menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang sama-sama dibentuk selepas Pilihan Raya Umum,” katanya.

Hakikatnya, kerajaan boleh dibentuk melalui jumlah kerusi di Parlimen, tetapi keyakinan rakyat hanya dapat dipertahankan melalui konsistensi prinsip dan kejujuran politik.

Rakyat berhak mengetahui sama ada BN masih teguh bersama Kerajaan Perpaduan atau sedang membuka lembaran kerjasama politik yang baharu bersama PN.

“Sekiranya BN masih komited kepada Kerajaan Perpaduan, maka penjelasan yang tuntas perlu diberikan mengenai bagaimana kerjasama pilihan raya dengan PN tidak bercanggah dengan komitmen tersebut.

“Sebaliknya, jika haluan politik BN telah berubah, rakyat juga berhak mengetahui perkara itu secara terbuka agar tidak timbul kekeliruan mengenai masa depan politik negara.

“Seperti pesan orang tua-tua, ‘Jangan berteduh di bawah pokok yang sama, tetapi pada masa yang sama mengasah kapak pada batangnya’. Peribahasa ini mengingatkan bahawa kesetiaan dan kejujuran terhadap sesuatu kerjasama perlu dibuktikan melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata,” ujarnya.

Akhirnya, Malaysia memerlukan politik yang membina keyakinan, bukannya politik yang mengundang tanda tanya.

Rakyat bukan sahaja akan menilai siapa yang menang dalam pilihan raya, malah akan menilai siapa yang konsisten mempertahankan prinsip, menghormati mandat serta berani menjelaskan pendirian mereka kepada negara.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok