Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung



TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kempen itu juga secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera Sabah sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Kita mahu semangat kemerdekaan ini diteruskan di peringkat kampung dengan mengadakan kempen kepada masyarakat agar mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

“Ini penting untuk mengingatkan kita bahawa proses mencapai kemerdekaan melalui perjalanan yang panjang sehingga membolehkan kita menikmati kehidupan yang aman, damai dan tenteram pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Walkabout Kempen 1R1JG Daerah Tenom 2026 di Malleh Square, Pekan Tenom, di sini pada Isnin.

Beliau yang juga ADUN Melalap berkata, usaha itu penting bagi memastikan masyarakat terus menghayati erti kemerdekaan serta menghargai perjuangan panjang yang dilalui negara sehingga rakyat hari ini dapat menikmati kehidupan dalam suasana aman, damai dan tenteram.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pelaksanaan kempen berkenaan yang dilancarkan pada 1 Ogos lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam dan pemimpin masyarakat yang hadir pada pagi ini.

“Walaupun hujan, ia tidak melunturkan semangat kita untuk bersama-sama menjayakan kempen ini,” katanya.

Tambah Jamawi, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, perlu diterjemahkan melalui semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara agar kesejahteraan dapat terus dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew; Ketua Daerah, OKK Tusip Tulas; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom, Mumin Amsah; Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin setempat.

Related Posts

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan keluar daripada Kerajaan Perpaduan susulan tular kenyataan media berhubung perkara berkenaan hari ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Loretto Padua berkata, kenyataan media yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan