Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari keseimbangan antara menjaga kebajikan haiwan dan memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.

“Inilah titik keseimbangan yang harus dilaksanakan. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor juga telah menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap isu ini.

“Janganlah marah. Ada pihak yang prihatin terhadap kebajikan haiwan dan ada juga yang menjaga kebajikan manusia. Kerajaan akan terus mengambil tindakan, khususnya terhadap anjing liar.

“Tindakan ini perlu diteruskan kerana akhirnya kerajaan mesti bertindak demi maslahat umum. Namun, janganlah tindakan itu sampai bersifat kejam atau tidak mencerminkan nilai kemanusiaan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Isnin.

Amirudin menegaskan tindakan terhadap haiwan liar sememangnya dilaksanakan secara berterusan oleh pihak berkuasa dan menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu tersebut.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak bersikap selektif dalam membuat tuduhan kerana ada pihak mendakwa kerajaan bertindak terlalu keras, manakala sebahagian lagi mendakwa tiada tindakan diambil.

“Apa yang saya tekankan ialah titik keseimbangan. Kita perlu bertindak untuk mengurangkan risiko keselamatan akibat haiwan liar yang berkeliaran, tetapi dalam masa sama memastikan pendekatan yang diambil berperikemanusiaan.

“Isu ini juga pernah dibangkitkan oleh ADUN Pelabuhan Klang dalam sidang Dewan Negeri. Jadi, janganlah bersikap selektif,” katanya.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dalam perkembangan sama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kematian seekor anjing ketika operasi tersebut akan dijalankan secara menyeluruh, adil dan tanpa memprejudiskan mana-mana pihak.

Pada 1 Ogos lalu, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman terhadap haiwan peliharaan serta haiwan terbiar yang tular sejak kebelakangan ini.

Istana Alam Shah turut memaklumkan Baginda menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula hukuman di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 supaya tindakan terhadap pelaku kekejaman haiwan diperketatkan dan penguatkuasaannya dilaksanakan dengan lebih konsisten.

Related Posts

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

KENYATAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat meneruskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka telah mencetuskan persoalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan