Trump tangguh rancangan serang Iran

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan rancangan melancarkan serangan ketenteraan ke atas Iran dengan alasan bagi memberi ruang kepada Teheran dan beberapa negara di Asia Barat memuktamadkan rangka kerja perjanjian damai.

Trump menerusi hantaran di platform media sosial miliknya, Truth Social berkata, semua pihak telah mencapai persetujuan awal mengenai parameter perjanjian yang antara lain merangkumi pembukaan semula Selat Hormuz secara serta-merta dan sepenuhnya, selain menamatkan ancaman program nuklear Iran.

Dia berkata, keputusan membatalkan serangan itu dibuat demi manfaat dunia serta masa depan Iran yang aman dan makmur.

“Saya bersetuju membatalkan serangan itu demi manfaat dunia dan kelangsungan sebuah Iran yang berjaya serta makmur, dengan syarat semua pihak dapat segera memeterai perjanjian,” katanya.

Bagaimanapun, Trump menegaskan tentera AS kekal bersiap siaga sekiranya rundingan gagal mencapai kata sepakat.

“Amerika Syarikat berada pada tahap kesiapsiagaan penuh untuk bertindak terhadap Republik Islam Iran dengan kekuatan ketenteraan yang tidak pernah disaksikan sejak Perang Dunia Kedua,” katanya.

Trump turut mendakwa Israel bersetuju menangguhkan sebarang tindakan ketenteraan sepanjang proses rundingan berlangsung.

“Semua pihak perlu segera menyelesaikan perjanjian ini,” katanya.

Setakat ini, Iran dan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan dakwaan Trump mengenai persetujuan tersebut.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX