Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

KUANTAN – Pahang merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur iaitu sebanyak 65.3 peratus bagi suku pertama 2026, dengan kadar pengangguran kekal rendah pada paras 1.9 peratus.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan supaya masyarakat boleh mengakses peluang pekerjaan antaranya menerusi program MYFutureJobs yang dikendalikan PERKESO.

“Ini adalah komitmen berterusan dilakukan pihak PERKESO demi memastikan kadar pengangguran di negara dapat dikurangkan dan ini adalah peluang terbaik buat anak muda untuk mengambil peluang bagi mendapatkan pekerjaan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs Indera Mahkota 2026 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang melancarkan inisiatif Sahabat MADANI Peringkat Pahang pada majlis itu.

Untuk rekod, sepanjang tempoh 2023 hingga 24 Julai 2026, seramai 26,877 pencari kerja di Pahang berjaya memperoleh pekerjaan menerusi platform MYFutureJobs hasil pelbagai inisiatif pasaran buruhyang dilaksanakan PERKESO.

Dalam tempoh sama, PERKESO menganjurkan 1,277 program temu duga dan karnival kerjaya diseluruh Pahang selain merekodkan lebih 10,000 kekosongan jawatan yang diiklankan melalui PortalMYFutureJobs dengan penyertaan 11,857 pencari kerja berdaftar pada 2026.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok