PH tidak terpengaruh ramalan, yakin mampu tambah kerusi di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) tidak mahu terlalu memikirkan pelbagai ramalan dan spekulasi mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya yakin mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi berdasarkan sokongan yang diterima sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai ramalan yang beredar menjelang hari pengundian merupakan perkara biasa dalam setiap pilihan raya dan tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keputusan sebenar.

Menurutnya, PH kekal memberi tumpuan kepada gerak kerja di lapangan dan yakin usaha yang dilakukan di semua kawasan yang ditandingi akan diterjemahkan kepada keputusan positif.

“Kami yakin, insya-Allah PH akan menambah jumlah kerusi yang dimenangi. Pelbagai ramalan dan spekulasi itu perkara biasa menjelang pilihan raya, namun kami tidak terlalu memikirkannya.

“Apa yang penting ialah kerja yang telah dilakukan di lapangan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat. Keputusan akhirnya tetap berada di tangan pengundi,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di IPG Raja Melewar di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, parti itu memilih untuk tidak melayan pelbagai ramalan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan sebenar hanya akan diketahui selepas semua undi dikira.

Katanya, fokus PH ketika ini adalah memastikan penyokong keluar mengundi dan memberi peluang kepada rakyat menentukan kerajaan negeri yang mereka mahukan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan rakyat. Insya-Allah keputusan yang diperoleh nanti akan mencerminkan kehendak sebenar pengundi Negeri Sembilan,” katanya

Sebelum itu, Aminuddin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.35 pagi bersama Setiausaha Politiknya, Norazman Mohamad yang bertanding di DUN Sikamat.

Pada PRN kali ini, beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi, sebaliknya bertanding di DUN Linggi.

Di DUN Linggi, Aminuddin berdepan saingan tiga penjuru menentang penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli, serta calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK