Polis berkas tiga individu curi wayar tembaga pencawang elektrik

SARATOK – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki mencuri wayar tembaga di tiga pencawang elektrik sekitar daerah ini membawa padah apabila dia ditahan polis pada Khamis.

Lebih malang, tindakan buruh tempatan berusia 36 tahun itu turut mengheret sepasang suami isteri ke lokap kerana disyaki bertindak sebagai pembeli barang curi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di pekarangan Balai Polis Betong.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry Muji.

“Siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 75 tahun pada Disember tahun lalu.

“Pengadu mendapati komponen pencawang milik Sarawak Energy di Taman Krian Jaya, Awik-Krian telah diumpil dan wayar tembaganya didapati hilang,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu sekali gus telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke kawasan perumahan berhampiran.

Mengulas lanjut, Mathew mendedahkan suspek utama mengaku melakukan perbuatan tersebut secara bersendirian dengan menggunakan sepit pemotong.

Suspek dipercayai bergerak dari Spaoh dan menceroboh untuk memotong wayar tembaga sepanjang kira-kira tiga meter di pencawang Taman Krian Jaya, selain menyasarkan dua lagi pencawang di Simpang Saratok dan Simpang Awik.

“Wayar tembaga yang dicuri kemudiannya dijual kepada pasangan suami isteri berusia 40 dan 38 tahun yang menjalankan perniagaan barang lusuh di Jakar, Sarikei dengan harga RM120,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan mendapati motif utama suspek melakukan jenayah tersebut adalah untuk mendapatkan wang pantas bagi membeli bekalan dadah.

Keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek utama positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

“Dia turut mempunyai 10 rekod jenayah lampau melibatkan kes curi, pencerobohan dan penyalahgunaan dadah, manakala pasangan suami isteri terbabit bebas pengaruh dadah serta tiada rekod jenayah,” ujarnya.

Tegas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 431A dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek dijadualkan dibawa ke mahkamah pada Jumaat (31 Julai) untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India