BN cermin diri sebelum bangkit isu rumah generasi FELDA, selesaikan bukan dipolitikkan

JELEBU – Barisan Nasional (BN) diminta cermin diri sebelum menjadikan Perumahan Generasi Kedua FELDA sebagai tunggangan bahan berkempen, semata-mata untuk mewujudkan sentimen negatif terhadap Pakatan Harapan (PH).

Peneroka generasi FELDA Sungai Lui Selatan 1, Rahman Jalil, 69, berkata, penduduk tidak mahu isu berkenaan terus dijadikan polemik politik setiap kali pilihan raya, sebaliknya mengharapkan penyelesaian yang dapat memberi manfaat kepada anak-anak peneroka.

Menurut beliau, ini kerana setiap peneroka mengetahui bahawa projek itu telah diperkenalkan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang membuktikan bahawa tuduhan daripada BN terhadap PH hanyalah sentimen bagi memikat hati pengundi.

“Memang benda-benda itu semua daripada Barisan Nasional. PH baru memerintah dan baru hendak menyusun. Apa lagi yang mereka mahu? Kenapa dengki dengan PH.

“Dacing (BN) itu terang-terangan, atasan hanya gila kuasa bukan memperjuangkan, kalau ada pun untuk menjadi ketua dalam memperkukuhkan kedudukan demi kepentingan peribadi dan bukan terhadap kebajikan rakyat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Khamis.

Dalam pada itu, Rahman berpendapat, kempen pilihan raya seharusnya lebih tertumpu kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat berbanding memainkan isu yang boleh mengundang perpecahan selain masyarakat kini lebih matang dalam membuat penilaian dan tidak seharusnya dipengaruhi dengan naratif yang hanya bertujuan meraih undi.

Beliau mendakwa, terdapat pihak yang masih menggunakan sentimen agama, bangsa dan raja (3R) bagi meraih sokongan politik walaupun rakyat lebih mengharapkan penyelesaian terhadap isu kehidupan dan kebajikan.

“Kenapa masih dengki dengan DAP sedang parti itu ahlinya, jawatankuasanya ada orang Melayu. Kalau MCA ada tak, semua Cina sahaja kan.

“Justeru, rakyat perlu menilai pencapaian seseorang wakil rakyat berdasarkan tempoh perkhidmatan dan usaha yang dilakukan, bukannya membuat keputusan hanya berdasarkan sentimen politik semasa.

“Apa yang kami mahu ialah penyelesaian. Rumah generasi FELDA perlu diteruskan demi masa depan anak-anak peneroka, bukan dijadikan modal politik setiap kali pilihan raya. Sekarang bukan berebut kuasa, tetapi selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana