‎Pemuda GRS perkukuh organisasi, perjuang aspirasi anak muda

KOTA KINABALU – Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan gerak kerja organisasi bagi memastikan peranan sayap itu terus relevan dalam membawa suara serta memperjuangkan aspirasi golongan muda di negeri ini.

‎Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, mesyuarat pimpinan Pemuda GRS yang diadakan pada Rabu memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja organisasi selain membincangkan beberapa isu semasa yang melibatkan kepentingan rakyat dan pembangunan Sabah.

‎”Perbincangan berkenaan merangkumi perkembangan berkaitan politik, ekonomi serta agenda pembangunan negeri, selain memperhalusi pendekatan dan tindakan yang akan digerakkan oleh Pemuda GRS bagi memastikan pandangan serta keperluan golongan muda terus diberikan perhatian.

‎“Pemuda GRS komited untuk terus menjadi suara anak muda Sabah dengan memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat, termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan, pembangunan modal insan serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

‎Dalam pada itu, Jonnybone berkata, penyerahan surat pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda GRS turut diadakan dalam mesyuarat berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan struktur organisasi dan memperkemaskan pelaksanaan gerak kerja di semua peringkat.

“Pemuda GRS akan terus mendukung agenda pembangunan kerajaan negeri demi memastikan masa depan Sabah yang lebih maju, stabil dan sejahter.

‎”Komitmen Pemuda GRS adalah untuk memastikan suara anak muda terus menjadi sebahagian daripada perbincangan dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri pada masa akan datang,” tegasnya.

‎Jonnybone turut berharap pelantikan tersebut dapat mempertingkatkan penyelarasan serta keupayaan organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, khususnya dalam mendekati dan memahami isu yang dihadapi golongan muda Sabah.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin