‘Tak perlu cakap, rakyat dapat rasa keikhlasan seorang Anwar Ibrahim’ – Pesara

KUALA PILAH – Prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab lebih mudah dinilai melalui bantuan yang diterima rakyat berbanding pelbagai dakwaan yang dimainkan pihak tertentu.

Bagi pesara kerajaan Salleh Saat, 78, berkata, beliau sendiri melihat pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan, termasuk Bantuan Rahmah dan Jualan Rahmah, sebagai sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Bantuan itu bukan sekadar bantuan daripada kerajaan, tetapi untuk kita juga. Bantuan Rahmah itu kita dapat.

“Saya rasa Anwar yang boleh buat perkara macam ini. Kalau orang lain, saya rasa belum tentu boleh,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di Seri Menanti, Kuala Pilah.

Menurutnya, pendekatan Anwar dalam mentadbir negara dan membantu rakyat juga menjadi antara sebab beliau terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Cara dia mentadbir negara semuanya
Baik. Lepas itu dia bantu rakyat pun baik, tidak ada masalah.

“Sekarang ada Bantuan Rahmah, Jualan Rahmah, barang-barang dijual murah dan ada bantuan menggunakan kad pengenalan untuk mendapatkan barang,” katanya.

Salleh dalam masa sama tidak bersetuju dengan usaha sesetengah pihak yang menjadikan DAP sebagai bahan untuk menakutkan pengundi.

Katanya, beliau tidak melihat DAP sebagai masalah kepada rakyat seperti yang sering digambarkan.

“Saya rasa DAP tidak ada masalah. Yang jadi masalah ini orang yang tidak senang dengan DAP.

“DAP itu tidak ada apa-apa. Kalau hendak dibandingkan dengan MCA pun, bagi saya DAP jauh lebih baik,” katanya.

Salleh berkata, apa yang lebih penting ialah rakyat melihat sendiri hasil pentadbiran kerajaan dan menilai sama ada bantuan serta dasar yang diperkenalkan benar-benar memberi manfaat kepada mereka.

“Benda yang kita dapat dan kita rasa sendiri, itu yang kita boleh nilai,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK