Empat kilang masih mengeluarkan api dan operasi pemadaman masih dilakukan

KULIM – Bahan dan barangan mudah terbakar dalam keadaan bertimbun mengakibatkan operasi memadam kebakaran membabitkan empat buah kilang di Jalan Makmur, Lunas semalam, masih diteruskan hari ini.

Walaupun telah melepasi tempoh 24 jam api masih lagi membara terutamanya di dua kilang pakaian, kilang lilin dan kilang kotak .

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, bomba menghadapi cabaran ketika mengawal kebakaran berikutan faktor angin yang kuat.

“Operasi pemadaman melibatkan empat balai antaranya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi-Tech, BBP Sungai Petani dan dibantu BBP Penanti, Pulau Pinang serat bantuan daripada 19 Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Operasi masih berjalan sehingga kini dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan untuk memastikan sisa api dipadam sepenuhnya, ini kerana bahan yang terbakar itu terdiri dari tekstil atau pun kain serta kotak dan lilin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Awang Hidzel memaklumkan, operasi turut dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jelas Awang Hidzel, hasil siasatan awal mendapati, kebakaran itu dipercayai bermula dari kilang lilin sebelum merebak ke kilang berhampiran yang lain.

“Dua daripada kilang terbabit iaitu kilang lilin dan kotak dianggarkan musnah 90 peratus manakala dua kilang pakaian musnah lebih 60 peratus.

“Operasi masih berjalan menggunakan bantuan jentera berat untuk proses pemadaman dan setakat ini, anggaran kerugian tidak dapat dipastikan lagi, ” katanya.

Semalam media melaporkan, lebih daripada tiga buah kilang di Jalan Makmur, Lunas, di sini, musnah terbakar.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos