Hospital Bandar Enstek dijangka siap 2032, manfaat 700,000 penduduk

SEREMBAN –  Kira-kira 700,000 penduduk di Negeri Sembilan dijangka mendapat manfaat daripada pembinaan Hospital Bandar Enstek yang disasarkan mula beroperasi pada 2032.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hospital baharu itu bakal memberi perkhidmatan kepada penduduk di Nilai, Labu, Seremban 2, Sendayan serta kawasan sekitarnya.

Menurutnya, pembinaan hospital berkenaan juga dijangka mengurangkan kesesakan dan beban pesakit di Hospital Tuanku Ja’afar yang kini menjadi hospital rujukan utama negeri.

Beliau berkata, kerja pembinaan fizikal dijangka bermula seawal 2028 selepas proses perolehan serta pertukaran tanah dimuktamadkan.

“Hasil lawatan teknikal yang dijalankan, Lot 34546 Bandar Enstek yang merupakan tanah Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan hospital baharu.

“Selepas proses pertukaran tanah seluas 50 hektar dimuktamadkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan penyediaan skop projek, reka bentuk awal dan mendapatkan kelulusan sebelum pembinaan dimulakan,” katanya.

Dzulkefly berkata, penggunaan tanah milik kerajaan Persekutuan itu membolehkan penyediaan tapak dipercepatkan, selain mengoptimumkan aset sedia ada dan mengurangkan kos perolehan tanah.

Beliau berkata, hospital berkenaan akan dibangunkan secara berfasa dengan kapasiti maksimum sehingga 500 katil apabila siap sepenuhnya.

Katanya, projek Hospital Bandar Enstek merupakan hasil kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Kesihatan sejak 2024 bagi memperkukuh kemudahan kesihatan awam di negeri itu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan