PPR untuk semua yang layak tanpa mengira kaum, agama – Hannah

KUALA LUMPUR – Perumahan awam perlu disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa mengira kaum atau agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Beliau berkata, pendekatan itu diterjemahkan menerusi penyerahan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada 29 penerima yang terdiri daripada 15 penerima Melayu dan 14 penerima India.

“Rumah PPR adalah untuk mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa dan agama. Dasar perumahan rakyat perlu mengambil kira keseluruhan kehidupan sesebuah keluarga termasuk keadaan kediaman dan keupayaan mereka membina pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Hannah berkata, penyerahan surat tawaran itu memberi peluang kepada penerima dan keluarga menikmati kediaman yang lebih selamat, stabil dan tersusun.

Pada masa sama, DBKL turut menyerahkan surat tawaran pengisian premis pusat penjaja kepada 40 peniaga tempatan melibatkan lapan kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

Katanya, setiap kawasan Parlimen iaitu Wangsa Maju, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Segambut, Cheras, Setiawangsa, Seputeh dan Titiwangsa diperuntukkan lima premis kepada peniaga yang berjaya.

Beliau berkata, peluang berniaga di premis yang sah bukan sahaja membantu peniaga menjana pendapatan, malah memberi ruang kepada mereka mengembangkan perniagaan dan menyara keluarga.

“Rumah yang selamat memberi kestabilan kepada keluarga, manakala peluang berniaga membolehkan mereka membina pendapatan melalui usaha sendiri. Kerajaan MADANI mahu setiap dasar diterjemahkan kepada perubahan yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud berkata, pemilihan 40 peniaga dibuat menerusi proses pengiklanan kekosongan serta penilaian berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan DBKL.

Menurutnya, DBKL akan terus memantau penggunaan unit PPR dan premis penjaja bagi memastikan kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.

Katanya, pemantauan berterusan juga akan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan mengikut skop dan tujuan asal, selain memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan secara bertanggungjawab demi kesejahteraan warga kota.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM