Noorzunita mahu perluas peluang pekerjaan, pendidikan anak muda Kuala Pilah

KUALA PILAH – Memperluas peluang pekerjaan dan akses pendidikan antara agenda yang mahu dibawa penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, bagi memastikan lebih ramai anak muda dapat terus menetap dan membina kehidupan di kawasan itu.

Noorzunita yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara berkenaan antara isu utama yang disuarakan penduduk sepanjang 10 hari berkempen, khususnya golongan muda yang mahu lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Kuala Pilah.

Katanya, pembangunan Kuala Pilah perlu disusuli peluang ekonomi dan pekerjaan yang mampu mengekalkan golongan muda di kawasan berkenaan, sekali gus mengurangkan keperluan mereka berhijrah ke luar daerah untuk mencari pekerjaan.

“Isu sekarang ini Kuala Pilah sedang membangun, cuma anak muda mahukan lebih banyak peluang pekerjaan. Mereka mahu ada sesuatu yang membolehkan mereka tidak perlu bekerja di luar, sebaliknya mempunyai kemampuan untuk bekerja dan menetap di Kuala Pilah.

“Selain itu, dari segi pendidikan, rakyat Pilah juga mahukan akses kepada pendidikan yang lebih meluas di Kuala Pilah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Isnin.

Noorzunita berkata, selain membawa suara penduduk, beliau mahu meneruskan pelbagai inisiatif yang sudah dilaksanakan kerajaan PH di Negeri Sembilan dengan melakukan penambahbaikan supaya manfaatnya dapat dirasai lebih ramai rakyat.

“Manifesto PH sebelum ini sudah berjalan dan pelbagai inisiatif telah sampai kepada rakyat. Cuma ada penambahbaikan daripada inisiatif itu yang kita akan tambah baik untuk rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 10 hari berkempen, beliau turut melihat penerimaan masyarakat terhadap proses pilihan raya semakin terbuka dan matang tanpa berlaku sebarang isu panas atau tindakan agresif.

“Saya lihat masyarakat semakin terbuka menerima pilihan raya dan calon yang datang merayu undi. Sepanjang 10 hari ini, tidak ada isu panas dan masyarakat tidak lagi agresif dalam berkempen,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, DUN Pilah menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Noorzunita dan calon Barisan Nasional (BN), S Leza Md Yasin.

Noorzunita turut menyeru anak perantauan yang berada di luar kawasan supaya pulang ke Kuala Pilah pada 1 Ogos ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya berharap pada 1 Ogos, rakyat Kuala Pilah khususnya dan Negeri Sembilan amnya yang berada di luar kawasan, termasuk anak perantauan yang bekerja di luar, pulanglah ke Negeri Sembilan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.

“Jangan lupa mengundi saya, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, calon nombor dua PH, untuk saya membawa suara rakyat dan terus berkhidmat untuk rakyat Pilah,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia