Dua persatuan jalin kerjasama dengan Sedcovest perkasa usahawan wanita

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa wanita melalui keusahawanan dan pembangunan kemahiran terus diperkukuhkan apabila dua pertubuhan yang mewakili wanita serta pemeliharaan warisan budaya etnik Tobilung mengadakan kunjungan hormat ke Sedcovest Holdings Sdn. Bhd.

Pengerusinya, Datuk Redonah Bahanda berkata, kunjungan itu melibatkan Persatuan Wanita Tobilung Kota Marudu (Konduan Tobilung) yang diketuai Pengerusinya, Rusiah Salintap, bersama Setiausaha, Christina binti Saidi, serta rombongan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) Langkon yang diketuai Pengetuanya, Timis Sambadi, bagi membincangkan peluang kerjasama strategik.

“Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Sedcovest komited membantu melahirkan lebih ramai usahawan wanita menerusi pelbagai kursus, latihan kemahiran, bimbingan perniagaan dan program pembangunan kapasiti yang dilaksanakan syarikat.

“Wanita mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga dan negeri. Justeru, mereka perlu diberi peluang, pendedahan dan latihan yang berterusan agar mampu mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Menurutnya, beliau turut menyambut baik cadangan kerjasama bersama Persatuan Wanita Tobilung Kota Marudu dan SAANS Langkon bagi menganjurkan program latihan keusahawanan, pembangunan produk tempatan serta pemeliharaan warisan budaya etnik Tobilung.

“Gabungan nilai budaya dan keusahawanan mampu membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat, selain memastikan warisan masyarakat terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kerjasama yang dicadangkan itu dilihat berpotensi memperkukuh pembangunan kapasiti wanita di samping memelihara warisan budaya etnik Tobilung melalui pendekatan keusahawanan yang mampu menjana peluang ekonomi kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Sementara itu, kedua-dua rombongan merakamkan penghargaan kepada Datuk Redonah atas kesediaan menerima kunjungan hormat tersebut serta berharap jalinan kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan menerusi pelbagai program yang memberi manfaat kepada wanita dan komuniti di Sabah.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan