113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

KUALA LUMPUR – Seramai 113 pelarian Rohingya yang dipindahkan selepas berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam, disahkan memiliki dokumen sah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perkara itu dikenal pasti selepas proses dokumentasi dijalankan di perkarangan Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, 110 adalah pelarian Rohingya terdiri daripada 36 lelaki, 21 wanita, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.

“Polis telah memindahkan seramai 113 pelarian dengan pecahan seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia dan seorang wanita Indonesia yang merupakan isteri kepada lelaki Rohingya.

“Pemindahan pelarian Rohingya membabitkan 36 lelaki iaitu 21 wanita, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, kesemua mereka dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR kira-kira 8.50 malam semalam untuk menjalani proses dokumentasi.

Menurutnya, proses berkenaan dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKA) Kuala Lumpur.

“Kesemua warga Rohingya ditempatkan sementara di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur.

“Setakat ini, pihak UNHCR sedang berusaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian yang ada pada hari ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM