Pengundian awal PRN Negeri Sembilan di IPD Port Dickson berjalan lancar

PORT DICKSON – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bermula tepat jam 8 pagi tadi dan berlangsung dalam keadaan lancar.

Sebanyak lima Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat di pusat pengundian itu, iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung, dengan setiap DUN mempunyai satu saluran mengundi, menjadikan keseluruhannya lima saluran dibuka.

Seramai 463 pengundi awal berdaftar di pusat berkenaan, dengan 350 daripadanya telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat laporan ini disediakan.

Setakat jam 12 tengah hari, mengikut pecahan, kadar keluar mengundi bagi DUN Linggi mencatat 100 peratus, diikuti Chuah (96 peratus), Lukut (91 peratus), Bagan Pinang (80 peratus) dan Sri Tanjung (70 peratus).

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati proses pengundian berjalan dengan teratur dan terkawal, manakala anggota polis hadir secara berperingkat bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan hari ini melibatkan anggota keselamatan dan pasangan mereka di 38 pusat mengundi awal di seluruh negeri, sebelum hari pengundian biasa yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.  

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan