Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada landasan tepat bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, keyakinan itu disokong kedudukan Malaysia yang meningkat dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) kepada kedudukan ke-15 daripada tangga ke-23 pada 2025.

“Peningkatan kedudukan Malaysia dalam WCR IMD akan menjadi asas kukuh untuk menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi domestik.

“Penarafan daya saing negara yang lebih baik membolehkan lebih banyak pekerjaan berkualiti ditawarkan dengan gaji yang bermaruah,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui sejauh mana peningkatan kedudukan Malaysia kepada tangga ke-15 dalam IMD 2026 mencerminkan keadaan sebenar ekonomi domestik memandangkan rakyat masih berdepan kos sara hidup yang tinggi, pertumbuhan gaji yang perlahan dan peluang pekerjaan berkualiti yang terhad.

Mohd Shahar berkata, pencapaian itu juga didorong penggunaan swasta yang meningkat dengan kukuh kepada 5.3 peratus pada 2025 berbanding 4.8 peratus pada 2024.

Katanya, ini secara langsung mencerminkan ketahanan kuasa beli rakyat, disokong oleh peningkatan perbelanjaan ke atas pengangkutan, restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol.

“Perbelanjaan swasta tidak boleh bertahan secara mampan tanpa peningkatan pendapatan yang berterusan.

“Bagi memastikan kuasa beli rakyat terus mampan, kerajaan mempergiat inisiatif menarik pelaburan menerusi pengukuhan ekosistem industri bernilai tinggi, penambahbaikan proses kelulusan pelaburan dan pelaksanaan inisiatif cukai baharu di bawah Kerangka Inisiatif Baharu bermula pada 1 Mac 2026,” katanya.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap