Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

PORT DICKSON – Pengundi di Negeri Sembilan diseru untuk terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) bagi meneruskan pentadbiran negeri dalam memastikan segala dasar dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap usaha serta bantuan yang disalurkan oleh kerajaan perlu dipastikan sampai kepada rakyat, selain memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat mengenai pelbagai inisiatif yang disediakan.

Katanya, pengundi perlu menilai PH berdasarkan rekod pentadbiran kerajaan negeri, nilai pemimpin pada amalnya dan Pertahankan kerajaan negeri yang rekodnya baik. Adakah kerajaan ini songlap?

“Jadi kalau Amin (Datuk Seri Aminuddin Harun) Menteri Besar, kerajaan negeri pun kuat, senanglah kerja kita.Saya hendak beritahu apa peranan JPPK ini dan apa yang dapat disumbangkan di peringkat negara.

“Itu yang menyebabkan kita rasa syukur dan bangga dengan negara kita. Manfaatkanlah dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada program ramah mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPPK) di Dewan The Grand, Lukut, pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi PH meminta pemimpin di peringkat kampung memainkan peranan dengan menyampaikan cerita baik kepada penduduk agar manfaatnya dapat dirasakan semua pihak.

“Apa peranan JPPK? manfaatkan sebaiknya. Sekarang kita bagi tumpuan kerajaan jaga rakyat. Macam projek-projek di kampung.

“Apakah ini semua yang baru? Tak. Dulu pun ada. Tapi kalau ketua kampung tahu, cara kita tumpu sekarang jauh lebih serius dan sungguh daripada dulu.

Anwar turut menyampai amat kepada JPPK agar semua bekerja dengan bersunggun dan memberi penerangan serta pertahankan kerajaan yang rekodnya baik.

“Supaya bila kita boleh kerja berpasukan. Saya pun tentunya lebih senang, kerja dengan seorang sahabat yang rekodnya baik. Jadi kita boleh tumpu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penduduk kampung mendapat manfaat besar daripada program Sejati Madani hasil cetusan ideanya sendiri dalam pembangunan ekonomi yang tidak semestinya bermula dengan projek berskala besar.

“Sebaliknya, pembangunan yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat boleh digerakkan melalui projek komuniti yang praktikal, berdaya maju dan menepati keperluan setempat.

“Hampir 90 peratus telah menerima manfaat program Sejati Madani. Ini semua program-program tambahan daripada kementerian yang kita laksanakan dahulu,” katanya.

Untuk rekod, di Negeri Sembilan, sebanyak 466 projek Sejati Madani diluluskan sehingga 20 Julai lalu, membabitkan 436 komuniti dengan nilai keseluruhan geran berjumlah RM42.69 juta.

Pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat di peringkat kampung, kawasan perumahan, tanah rancangan dan komuniti Orang Asli.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX