Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

PORT DICKSON – Suatu sikap yang pelik apabila ada pihak yang tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan berkenaan masalah rasuah yang berlaku di Malaysia.

Sedangkan, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, apa yang dibangkitkan beliau itu bukan fitnah atau tuduhan palsu, sebaliknya berkaitan aspek tatakelola yang perlu diperbetulkan.

Beliau turut memberikan contoh terhadap apa yang berlaku dalam pengurusan Felda yang mengalami kerugian RM10 bilion akibat kelemahan tatakelola yang dibuktikan menerusi siasatan audit, selain isu Lembaga Tabung Haji (TH) yang mana kerajaan kini terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit.

“Saya tahu setengah orang dia tak suka bila saya sebut (berkenaan rasuah dan ‘sakau’), jangan sebut, jangan sebut. Jangan sebut rasuah, jangan sebut sakau. Agak pelik tak? Saya agak pelik. Kalau kita fitnah itu lain.

“Ini yang kita sebut jangan sakau. Ini yang kita sebut tatakelola. Ini yang kita sebut mesti cari pemimpin yang amanah, yang ikhlas,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan, di Dewan The Grand, Lukut, pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Dalam pada itu, Anwar berkata, penegasannya dalam menolak amalan rasuah dan sakau itu juga bagi memastikan setiap pemimpin yang dipilih rakyat termasuk di peringkat JKPP benar-benar mementingkan aspek tatakelola.

Dalam masa sama, ujarnya, JKPP juga perlu sealiran dengan kerajaan negeri dan kepimpinan Menteri Besar yang diketahui mempunyai rekod pentadbiran yang baik seperti ditunjukkan oleh Aminuddin.

“Sebab itu saya minta dan beri amanah kepada JKPP semua, bekerjalah, bagilah penerangan yang baik (kepada rakyat).

“Pertahankanlah kerajaan yang rekodnya baik dan jagalah kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar, supaya kita boleh kerja secara berpasukan,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM