Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

SEORANG calon Barisan Nasional (BN) didakwa berdepan isu berkaitan deklarasi penjualan saham selepas dikatakan mengemukakan maklumat yang tidak tepat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Calon berkenaan didakwa memasukkan nombor kad pengenalan yang tidak tepat dalam dokumen deklarasi menyebabkan urus niaga penjualan saham bernilai RM12 juta dipercayai tidak dikenakan cukai.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads, rifkiamal, yang mendakwa calon berkenaan menjual pegangan saham dalam MDFM Sdn Bhd bernilai RM12 juta.

Menurut dakwaan itu, MDFM Sdn Bhd mempunyai kaitan dengan MTU Services (M) Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

“Isu utama yang dibangkitkan adalah nombor kad pengenalan yang tertera dalam dokumen deklarasi kepada LHDN, yang didakwa tidak wujud apabila disemak menerusi sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” tulis individu tersebut.

Susulan itu, timbul persoalan sama ada kesilapan berkenaan berlaku secara tidak sengaja atau sengaja dilakukan bagi mengelakkan transaksi tersebut dikesan dan dikenakan cukai.

Dia turut mendakwa hasil semakan bersama individu yang berpengalaman dalam urusan jual beli saham mendapati kesilapan nombor kad pengenalan berpotensi menyebabkan sistem LHDN gagal mengesan pendapatan daripada transaksi tersebut.

Menurut dakwaan itu lagi, jika benar berlaku, keadaan tersebut berkemungkinan membolehkan individu terbabit mengelak daripada dikenakan cukai ke atas hasil penjualan saham berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada calon terbabit mahupun LHDN berhubung dakwaan yang tular di media sosial tersebut.

Pengguna Threads itu turut mempersoalkan sama ada kesilapan tersebut benar-benar tidak disengajakan memandangkan urusan penjualan saham melibatkan nilai yang besar serta bayaran duti setem yang didakwa mencecah lebih RM150,000.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor