Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

JEMPOL – Kerajaan menyangkal dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berkemungkinan akan diadakan hujung tahun ini seperti dinyatakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan, kenyataan Mohamad hanyalah pandangan peribadi dan tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan.

Menurut beliau, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika ini memberi keutamaan pada kestabilan dan menyelesaikan isu ekonomi, dan bukan pilihan raya umum.

“Kita tidak ada bincang apa-apa dan PRU boleh diadakan selewat-lewatnya hujung tahun depan. Fokus pentadbiran sekarang ini sebenarnya seperti yang Perdana Menteri telah sebutkan, bukan politik berpanjangan, bukan pilihan raya berpanjangan.

“Tetapi adalah untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi akibat daripada konflik di Asia Barat jadi fokus Perdana Menteri adalah ke arah kestabilan dan menyelesaikan isu-isu ekonomi bukan pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program wayang pacak di Taman Saujana Rompin, pada Sabtu.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad yang menjangkakan PRU16 mungkin diadakan seawal hujung tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu tidak mewakili pendirian kerajaan mahupun Perdana Menteri.

“Saya lihat itu adalah sekadar pandangan Datuk Seri Mohamad Hasan, pandangan peribadi beliau (kerana) langsung tidak ada (perbincangan persediaan PRU16).

“Malah kalau ditanya Perdana Menteri juga secara terbuka telah menyatakan pilihan raya umum tidak akan diadakan sekarang, mungkin akan diadakan pada tahun hadapan,” katanya.

Related Posts

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

KUALA PILAH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Mohd Aidil Abdullah mengakui turun sebagai underdog dalam persaingan tiga penjuru, namun yakin kedekatannya dengan masyarakat setempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian