Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Aliff Rakib itu bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah membuktikan bahawa anak muda Malaysia memiliki keupayaan, keberanian dan iltizam untuk bersaing serta mencipta kejayaan di pentas dunia.

“Semoga pencapaian bersejarah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

“Yakinlah, tiada yang mustahil apabila usaha disertai kesungguhan dan tawakal. Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Aliff Rakib mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan wakil Thailand Sam-A Gaiyanghadao, malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan knockout pada pusingan kelima.

Kemenangan itu turut membolehkan Aliff Rakib membawa pulang bonus kemenangan berjumlah AS$50,000 (kira-kira RM204,565) selain tali pinggang kejuaraan.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula