Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

LABU – Calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker mencetuskan kontroversi apabila didapati menyentuh isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja) ketika kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Rabu.

Mohamad Hanifah yang juga penyandang kerusi DUN Labu didakwa mengaitkan pewarisan takhta institusi Diraja Negeri Sembilan dengan amalan kronisme ketika menyampaikan ucapannya di hadapan penyokong dan orang ramai yang hadir.

“…lepas ke bapa turun ke anak-anak… lepas mahu turun ke anak beranak, turun (dekat) punya kroni,” katanya ketika berucap pada sembang santai bersama masyarakat Labu, pada Rabu.

Bagaimanapun, Mohamad Hanifah dilaporkan menghentikan ucapannya sejurus ditegur oleh beberapa jentera Barisan Nasional (BN) yang berada di sekitar lokasi program.

Apa yang mengecewakan, ucapan itu tidak ditegur oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menegur tunggangan isu yang dibawa oleh calon.

Tindakan Mohamad Hanifah itu mencetuskan persoalan apabila isu membabitkan institusi diraja disentuh dalam kempen politik, khususnya ketika tempoh pilihan raya yang menyaksikan persaingan sengit antara parti-parti bertanding.

Institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, manakala sebarang kenyataan yang menyentuh perkara berkaitan raja dan institusi beraja boleh diberi perhatian oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan atau aduan.

Antara peruntukan undang-undang yang berkaitan ialah Akta Hasutan 1948 [Akta 15], khususnya berkaitan kecenderungan menghasut yang melibatkan Raja-Raja Melayu, bergantung kepada kandungan kenyataan serta konteks sesuatu kes.

Selain itu, penyebaran kenyataan menerusi platform digital juga boleh tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan komunikasi dan multimedia sekiranya memenuhi elemen kesalahan yang disiasat.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan