‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

GEMAS – Kewujudan sebuah hospital di Gemas antara tuntutan utama penduduk setempat bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan pantas, khususnya bagi masyarakat luar bandar serta peneroka FELDA di kawasan sekitar.

Penduduk mendakwa perkara itu bukan isu baharu, malah telah berulang kali disuarakan kepada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Ridzuan Ahmad memandangkan penduduk masih perlu mendapatkan rawatan di hospital yang terletak jauh dari kawasan tempat tinggal.

Pengundi DUN Gemas, Zamzahari Sarip, 49, berkata, beliau sering melihat dan mendengar luahan penduduk yang menggesa agar pembinaan hospital di Gemas diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, suara berhubung keperluan hospital itu kerap dibangkitkan termasuk menerusi media sosial kerana masyarakat setempat merasakan kemudahan berkenaan semakin diperlukan seiring pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan.

“Memang saya ada dengar dan tengok sendiri banyak luahan penduduk, terutama di Facebook. Ramai yang menyuarakan perkara sama kerana merasakan hospital di Gemas adalah satu keperluan yang mendesak.

“Isu ini bukan suara seorang dua, tetapi kehendak ramai penduduk yang mahukan akses kesihatan itu lebih dekat dan mudah. Setakat ini, kalau penduduk di Gemas nk dapatkan rawatan, mereka perlu ke Rembau atau Tampin yang jaraknya mencecah sehingga 40 ke 50 kilometer dan itu sangat jauh,” katanya ketika ditemui The Malaysia Prees (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zamzahari berkata, keadaan sedemikian menyebabkan penduduk terpaksa memperuntukkan masa yang lebih lama untuk mendapatkan rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sehubungan itu, kemudahan kesihatan yang lebih lengkap amat diperlukan bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah, selain mengurangkan kebergantungan kepada hospital di daerah lain serta meningkatkan kesejahteraan penduduk dan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan berkenaan pada masa hadapan.

“Saya berharap sekiranya Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) kekal menjadi MB ini, kami minta kalau boleh, pembinaan hospital itu disegerakan bagi memudahkan urusan penduduk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Saya tengok banyak pembangunan, banyak perumahan, justeru, cuba adakan hospital. 

“Jadi kita rakyat pun mudahlah, nak akses untuk kesihatan. Di sekitar Gemas ada FELDA Palong, FELDA Jelai, FELDA Jelai Timur dan beberapa penempatan lain. Jika hospital dibina di Gemas, penduduk kampung dan kawasan sekitar akan lebih mudah mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Luqman Aniq Fakri Yahya, mendakwa isu pembinaan hospital di Gemas telah beberapa kali disuarakan kepada Ridzuan, namun sehingga kini penduduk tidak menerima maklum balas yang jelas mengenai perkembangan tuntutan berkenaan.

Menurutnya, penduduk berharap perkara itu dapat dibawa dan diperjuangkan melalui saluran rasmi termasuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan keperluan masyarakat setempat diberi perhatian.

“Kami beberapa kali meminta supaya perkara ini dibawa ke sidang DUN kerana hospital adalah keperluan rakyat di Gemas dan kawasan sekitar.

“Namun, setakat yang kami tahu, kami tidak pernah menerima makluman semula mengenai perkembangan tuntutan tersebut, seolah-olah bercakap dengan batu. Sebab itu ramai penduduk merasakan suara mereka seolah-olah tidak didengari,” katanya.

Beliau berkata, penduduk hanya mahu mengetahui sama ada cadangan pembinaan hospital itu telah diketengahkan kepada pihak berkaitan serta langkah susulan yang sedang atau akan diambil.

“Kewujudan hospital di Gemas bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk tempatan, malah dapat memudahkan akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti FELDA dan kawasan luar bandar yang terletak berhampiran,” katanya.

Terdahulu, Ridzuan memenangi kerusi DUN Gemas pada PRN lalu apabila bertanding atas tiket PN sebagai calon Bersatu.

Bagaimanapun, beliau mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Wawasan (Wawasan) sebelum sekali lagi dipilih mewakili PN bagi mempertahankan kerusi berkenaan kali ini.

Pada PRN lalu, Ridzuan memperoleh 11,653 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Abd. Razak Ab. Said dengan majoriti 3,120 undi.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan